Cupcakes Time !
2 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Jun 2018, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah mengadakan kerjasama bersama Tabika Kemas Kota Pekan bagi memenuhi tema pembelajaran kanak-kanak Tabika Kemas . Tema pada kali ini ialah membuat cupcakes. Jadi, sebelum kanak – kanak Tabika Kemas membuat cupcakes sendiri, mereka diberi panduan tentang cara – cara membuat cupcakes melalui tontonan video daripada Youtube.
Aktiviti ini melibatkan semua kanak – kanak dan tenaga pengajar Tabika Kemas Kota Pekan . Selepas aktiviti eLearning ini, mereka akan pulang ke Tabika dan mengaplikasikan tutorial yang mereka tonton untuk membuat cupcakes yang sebenar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: